Kenali lebih dekat dengan tenaga pengajar profesional kami
Former Engineer | Tutor STEM & Bahasa Jepun
DALe EduHub (2024 - Kini)
Menubuhkan DALe EduHub dengan misi menyediakan pendidikan berkualiti yang mengintegrasikan elemen industri. Membangunkan kurikulum Industry-Linked Learning dan metodologi pengajaran yang unik.
Syarikat MNC
Membangunkan penyelesaian AI dan machine learning untuk aplikasi industri. Pengalaman dalam Python, TensorFlow, dan sistem pintar.
Industri Konsultasi Kejuruteraan
Terlibat dalam projek kejuruteraan kerajaan, memberikan perspektif praktikal tentang aplikasi matematik dan fizik dalam dunia sebenar.
"Matlamat saya bukan sekadar mengajar untuk peperiksaan, tetapi membina logik dan kemahiran yang boleh diguna pakai dalam kerjaya masa hadapan. Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi untuk cemerlang jika diberikan pendekatan yang betul dan relevan dengan dunia sebenar."
Menghubungkan topik akademik dengan contoh kerjaya sebenar dalam bidang Engineering, IT, dan Data Science.
Sesi pembelajaran interaktif dengan demonstrasi secara langsung langkah demi langkah.
Pendekatan latihan dari asas ke tahap KBAT, disesuaikan dengan kemampuan pelajar.
Menerapkan etika kerja profesional dalam sesi pembelajaran untuk persediaan alam pekerjaan.
* Kelas percubaan RM25 untuk sesi 30 minit